Rabu, 9 Disember 2015

ULASAN PEMBACA KDJ

jom kite tengok komen pembaca untuk

KALAU DAH JODOH


ENJOY :)

BIODTA PENULIS

assalamualaikum pembaca sekalian...'

haa...hari ni saya nak berkongsi tentang perihal penulis...

mungkin ada yang tertanya penulis ni penulis baru ke...

kot ade yang tak pernah kenal lagi dengan penulis kan...

okay

penulis ELEE MARDIANA berasal dari perak.
berusia 45 tahun.
pernah merantau ke australia selama 16 tahun dan kini kembali menetap di malaysia.
mula menulis novel sejak 10 tahun yang lepas.
penulis telah menerbitkan 16 buah novel.

4 buah novel dewasa :-

CINTA SEORANG KEKASIH

DISEBALIK WAJAH

ENCIK ABANGKU ROMANTIK

KALAU DAH JODOH (terbaru)

2buah kompilasi novel pendek :-

BIARLAH KU SENDIRI
ANTOLOGI JIWA KACAU

dan selebihnya adalah novel remaja.

sekarang bergelar penulis dan penerbit indie kerana menerbitkan novel sendiri 
dan menjualnya secara online sahaja

novelnya bersifat limited edition kerana hanya terhad 1000 naskah setiap kali diterbitkan untuk setiap tajuk.



haaa rare kan ;)
okay kalau nak dapatkan novel - novel dari elee mardiana bolehlaa 

msg saya di 013-9194486
mardhiah

Selasa, 8 Disember 2015

TAKKAN KU LEPASKAN DIA




penulis ni baru sahaja mendapat tempat dihati saya tau...

kisahnye sebab die inbox fb saya dan cerita pasal buku die...


harga dah la murah..
rasenye tak ada masuk bookstorepon buku die nih..
( tak tahulah masa akan datang )

so why not saya beli...

memang berbaloii abis...
saya baca non stop dan gelak sorang2x sebab kelakau
boleh hilangkan stress

ni pulak novel yang bakal diterbitkan tak lama lagii

ENJOY :)





Pernah baca tak kisah wanita yang didera suami, masih lagi mahu hidup bersama lelaki yang menderanya? Pernah tak tertanya-tanya apa sebabnya?


jangan mare imaginasi penulis je yerrr

teaser :-

Dengan bersusah payah seluar jeannya ditarik ke atas. Berkerut-kerut mukanya menahan kesakitan. Sebelum Badrul datang balik untuk menyambung serangan, Erin bangun dan duduk di atas katil. Diperbetulkannya blaus kesayangan yang koyak rabak. Sebelah tali baju dalamnya putus, menyerlahkan sebahagian buah dada kirinya. Ternampak percikan darah bercampur liur bertompok pada dada dan juga pada blausnya. Erin larikan mata. Tidak sanggup tengok. 
Dia bangun dan berjalan pantas menuju ke bilik air tanpa menghiraukan kesakitan yang menggigit. Selama ini dia tidak pernah mengunci pintu bilik air semasa mandi. Badrul pun tidak pernah. Mereka bebas keluar masuk semasa salah seorang daripada mereka sedang mandi. Tetapi petang itu, dikuncinya pintu bilik air itu dari dalam. Takut Badrul menyerangnya lagi meskipun dia tahu tidak ada gunanya dia berbuat begitu. Badrul, bila mengamuk, pintu bilik kebal pun boleh dipecahkannya.




nak tahu macam mana berakhirnya cerita yang sadis ni ??

sila pm saya cepat - cepat okay...

013-9194486

PANASS PANASSS PANASSSS!!!

wah tajuk...kemainkan...

assalamualaikum semua pembaca sekalian...

kakak kakak adik-adik

ade tak lagi novel dari penulis elee mardiana??

haa yang ni akak nk jual bukan yang preloved ye..

novel ni akk nk jual yang baru...

harga terbaik...


blurp:-

“Mak, tolonglah pujuk abah, mak. Tolonglah pujuk abah. Jujen dah janji. Mak sendiri kata dulu, berdosa kita mungkir janji. Tolonglah, mak.”
“Janji kamu pada abah dengan mak kamu macam mana, Jujen? Tak apa pulak kamu mungkir?” herdik abah.
Jujen hanya tersedu-sedu, tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan abahnya itu. Dia terus memandang ke arah emaknya, berharap emak akan membantu tetapi mulut emak terkunci rapat. Emaknya pun takut.
“Bangkit, Yah! Jauh awak dari dia. Jauh!”
“Eh, abang ni! Takkan nak pukul? Anak dah besar panjang ni!” tegur emak Jujen. Cemas.
“Awak nak kena sekali ke, Yah? Kalau tak nak, bangun! Jangan derhaka cakap abang.”
“Cakap baik-baiklah, bang. Pukul-pukul ni dapat apa? Lagipun dah malam sangat ni? Tak elok didengar dek orang.”

haaa mane nak dapatkan novel ni...
sila msg / whatsapp saya di
013-9194486






blurp :-

Sam Elit Hitam menghalakan mukanya tegak ke hadapan. Hanya matanya sahaja merenung ke bawah. Merenung Erin. Mencerna perasaan Erin. Diperhatikannya sebutir demi sebutir air mata Erin yang mula menitis. Tadi pipi Erin kering, tanda dia tidak menangis semasa melihat Badrul diselamatkan oleh para doktor dan jururawat. Sekarang Erin menangis. Maksudnya masih kabur tetapi Sam Elit Hitam yakin, cintanya tidak bertepuk sebelah tangan.
"Kita jumpa doktor, ya," pujuk Erin. Air matanya terus meleleh. Sedih sangat hatinya melihat kecederaan parah di muka Sam Elit Hitam. Dia nampak bagaimana Badrul melibas steteskop ke muka Sam Elit Hitam tadi. Sakit hatinya melihat perbuatan kejam Badrul itu. Terasa seperti dia pula yang kena libas. Terasa pipinya sendiri yang sakit.
"Ya, Sam. Kita jumpa doktor, ya?" Erin pandang mata Sam. Renungan mereka bertaut.
Perlahan-lahan Sam Elit Hitam mengangguk. Cair hatinya melihat air mata yang meleleh pada wajah Erin yang bengkak itu.

haa...pasai ape nih...kene tunggu 

tak sabar nak baca...

pm whatsapp saya / msg di

013-9194486

serius buyer sahaja tau

Rabu, 2 Disember 2015

PREVIEW HIJRAH CINTA KERANA DIA

dari penulis fieyta an nisa 

saya rase lah hijrah cinta kerana dia ni adalah buku yang ke2 dari penulis


tinta dakwahku ini adalah blog penulis boleh jenguk disana 

saya nak letgo novel ni pada sesiap yang berminat

boleh pm saya 013-9194486

kondisi 7/10

keadaan cerita die macam cinta 3 segi

wafiq rizqi , damia humaira , syakir

antara pelakon yang ada dalam novel nih

humaira yang ade kisah silam dengan syakir menerima kehadiran wafiq dalam hidup dia

jalan cerita yang best...

nak yg preloved call me ASAP




perlindungan flexi pa

dyahzulkifli.blogspot.com

assalamualaikum semua...

hari ni masih lagi nak bercerita pasal perlindungan

semalam 10 kpg case flexi pa saya submit

dengan bayaran rm 73.60 perlindungan selama setahun

faedah yang ada dalam polisi ini ialah

Accidental Death RM 50,000.00 
Kematian Akibat Kemalangan RM 50,000.00


 Permanent Total Disability Due To Accident RM 50,000.00
 Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan RM 50,000.00


 Hospital Confinement Allowance (RM 50.00 per night) Up to  RM 5,000.00 
Elaun Kemasukan ke Hospital (RM 50.00 semalam) Sehingga  RM 5,000.00
( 100 malam )


area terengganu yang berminat nak dapatkan perlindungan ni boleh call saya dan aturkan temujanji
013-9194486

boleh juga jumpa saya terus di ofis..

73.60 ni jika dibahagikan dengan setahun lebih kurang rm 0.20 sen sahaja sehari 

dan anda dapat perlindungan rm50k

murahkan..

kalaulah terjadi ape-ape pada anda duit ni boleh digunakan untuk setelkan loan

dengan persetujuan dari penama

satu lagi yang saya nak kongsikan dengan anda hari ni

minggu lepas bertarikh 24 nov 2015 saya menghadiri kursus tentang flexi pa ni di branch etiqa kuala terengganu

dan trainer dari akademi ada bercerita tentang nominee atau penama

pentingnya penama ni kerana

duit di amanah raya rm6bilion adalah duit yang tak dituntut

makna tidak ade penama dn pihak yang berwajib sedang berusaha mencari waris

manakala sebanyak 3.6 bilion adalah dari takaful

jika selepas 5 tahun masih tiada pewaris yang menuntut maka duit itu akan diserahkan kepada kerajaan untuk tujuan pembangunan

jadi sekiranya anda mempunyai sebarang harta duit atau kwsp atau ape saja yang memerlukan anda 
meletakkan penama 

tolonglah selesaikan

kesian kan keluarga kita jika terjadi sesuatu pada ketua keluarga macam mana anak isteri keluarga meneruskan kelangsungan hidup

mardhiah
penasihat takaful anda
013-9194486








Isnin, 30 November 2015

REVIEW NOVEL LUNA BULAN


Dalam soal paksa-memaksa memang kepakaran dia. Kalau dia kata nak, apa saja dia sanggup lakukan. Dan... bila dia terpesona dengan si cantik jelita Lutfiya Medina, si mata hazel Daniel Adam buktikan kepakarannya. Si jelita itu takkan dia lepaskan dan Lutfiya tak perlu bermimpi untuk melepaskan diri.


Cinta dulu buat Lutfiya terluka, sangat-sangat! Muncul pula si mata hazel, seiras dengan ‘si dia’… haruslah rasa benci itu muncul, sangat-sangat! Bukan sedikit.



Tapi... tipikal Daniel, tak ada sesiapa pun boleh berkata tidak pada dia. Dan bila dia melamar, Lutfiya harus setuju.



“So just accept it. Don’t you dare to say NO!” – Daniel
“No! No! No!” – Lutfiya



Takdir Ilahi bukan dalam perhitungan sesiapa. Akhirnya mereka tetap ‘bersatu’ dengan cara mereka sendiri. Tanpa cinta, tapi mereka ada peluang untuk mencuba.



“Dah tak boleh tak payahlah cuba!” – Lutfiya 
“Kita cuba juga. Kita cuba bercinta dulu, ya?” – Daniel.



Mencuba dan terus mencuba sehingga akhirnya Lutfiya menjadi wanita untuk dia. Sehingga akhirnya mereka temui bahagia.
Tapi, betul ke bahagia milik mereka selamanya? Salah siapa bila kesudahannya sebuah luka?



pendapat saya novel ni best...suka bahagia derita lumrahkan?

berminat untuk dapatkan prlove boleh call saya ye...

condition9/10

berbaloiii...





keluaran idea kreatif...